Friday 16 March 2018

CQWPX CQ plan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana menjengah blog ini.

Kehangatan semakin di rasai oleh pengemar sukan radio atau lebih mudah kita sebut 'contest'.
Terdapat pelbagai pengajuran sukan radio, di antara yang menjadi keutamaan para pengemar sukan radio adalah pengajuran sukan radio yang melibatkan kiraan markah untuk layak ke WRTC. Di antaranya adalah CQWPX contest, pertandingan sukan radio ini untuk tahun ini adalah pada tarikh 24-25 Mac 2018 0000 utc saturday -- 2359 utc sunday (0800 sabtu -- 0759 isnin) untuk mode SSB.
'contest' ini akan berlangsung selama 48jam dan sekiranya 'single operator' hanya 36jam sahaja masa pertandingan.

Sudah semestinya di setiap pertandingan yang kita turut serta keputusan yang terbaik kita mahukan. Untuk mendapatkan keputusan yang terbaik ada beberapa cara yang saya pratikkan. Di sini saya kongsikan perancangan saya untuk turut serta pertandingan CQWPX2018 kali ini.

Untuk persediaan awal sebelum turut serta di dalam pertandingan, ini perkara yang akan saya lakukan

  1. memeriksa segala peralatan (alat radas) yang akan digunakan semasa pertandingan berada di dalam keadaan baik dan boleh berkerja secara maksima. untuk ini kebiasaannya saya lakukan lebih kurang 2 hari sebelum pertandingan dan pemeriksaan akhir pada 1 hari sebelum pertandingan.
  2. memeriksa swr antenna dan memastikan antenna yang akan di gunakan dapat berkerja secara maksima.
  3. memastikan 'log' yang di buat di N1MM menepati format pertandingan.
  4. melakukan aktiviti 'dxing' 2 atau 1 hari sebelum pertandingan ini untuk memastikan keupayaan antenna saya.
  5. rehat yang secukupnya.
Untuk perancangan semasa pertandingan sedang berlangsung, ini adalah perkara yang akan saya lakukan

  1. memilih freq yang bersesuaian dengan lokasi tujuan saya, contohnya mencari station dari YB land jadi saya akan berada di dalam kawasan freq yang selalunya kendengaran station dari YB land.
  2. menggunakan antenna yang bersesuaian mengikut keadaan semasa. Untuk pertandingan ini saya telah persiapkan 3 antenna untuk di gunakan semasa pertandingan sedang berlangsung.
  3. mengejar contact station yang mempunyai markah yang tinggi berbanding station yang mempunyai markah rendah. Tetapi saya tidak memilih siapa yang saya dengar saya akan cuba membuat 'log' bersama station contact itu.
  4. melakukan rondaan mengejar station yang sedang cq di freq dan banyakkan melakukan 'cq contest'
  5. memulakan 'calling cq' semasa awal pertandingan dan berehat semasa propagation menutup
  6. tidak melakukan 'calling cq contest' sepanjang masa hanya akan memulakan 'calling cq contest' pada masa yang bersesuaian. ini untuk mengelakkan saya  kerugian markah kerana di masa contact station sedang aktif saya keletihan dan tidak melakukan 'calling cq contest'.
  7. melakukan 'clear cover' station local secepat yang mungkin supaya tidak menggangu semasa saya mula menerima station dx (station jauh)
Ini adalah serba ringkas perancangan saya untuk turut serta di dalam pertandingan CQWPX2018 kali ni. 

Untuk terlibat di dalam aktivti 'contest' kita perlu ada perancangan, ini akan memungkinkan kita mendapatkan keputusan yang terbaik, membuatkan kita dalam keadaan siap sedia untuk memberikan saingan kepada peserta yang lain dan tidak kerugian mendapatkan markah tertinggi. Walaupun nampak aktiviti 'contest' ini adalah seperti perkara yang biasa atau kecil ia nya merupakan suatu penglibatan yang serius untuk tiap perserta yang terlibat di dalam pertandingan ini. Kelebihan lain di dalam 'contest' adalah kita berupaya mendapatkan 'dxcc' (negara) yang tidak pernah kita dapatkan sebelum ini, selain itu kita membuktikan station dari 9M2 Land (Malaysia) juga turut terlibat dan memberikan saingan yang sengit untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Saya ucapkan semoga anda semua berjaya mendapatkan keputusan yang terbaik di dalam pertandingan ini serta teruskan memberi saingan kepada peserta yang lain.

Membaca itu jambatan ilmu, tidak rugi kita membaca dan tidak rugi kita berkongsi. ilmu yang sedikit di kongsikan supaya ia dapat merancakkan perjalanan hobi kita.

Hobi kita unik, teruskan mencuba aktiviti-aktivti yang ada di dalam hobi kita.
semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca dan membantu untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.

Moga berjumpa lagi
De
9W2SAF
73




Tuesday 13 March 2018

Bagaimana bermula nya penglibatan sebagai Pengendali Radio Amatur

assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana menjengah blog ini.

Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri saya. Saya Safri Bin Muhiyu'ddin berasal dari Lenggong Perak.  Ini adalah sedikit perkongsian bagaimana saya boleh mula mengenali dan mula mencari jati diri saya di dalam hobi Radio Amatur ini. Suatu bidang hobi yang tidak pernah saya fikirkan dan biasa nya saya hanya menganggap hobi ini hanya untuk orang yang suka bersembang (Qso) dan untuk orang-orang tua sahaja. Rupanya sangkaan saya meleset hobi ini suatu bidang yang serius dan pengendali nya perlu memiliki Lesen (AA) dan perlu angkat sumpah serta menjaga etika sebagai Operator Radio Amatur. Siapa sangka dari suatu yang kita tidak berminat akhirnya setelah mengetahui saya sudah boleh di gelarkan seorang pengendali yang agresif di dalam hobi ini.

Penglibatan di dalam hobi ini sebenarnya berlaku secara tanpa sengaja, awalan nya hanya menurut perintah dan atas tanggungjawab kepada tugasan saja. setelah mendapat maklumat yang nama saya telah di 'submit' untuk menduduki peperiksaan Radio Amatur, mula terkejar ke sana dan ke sini untuk mendapatkan maklumat. Maklum sajalah tidak pernah ambil tahu dan tidak pernah mengenali apa itu radio amatur? dalam masa kurang dari 1 hari (24jam) saya perlu menduduki peperiksaan Radio Amatur di Pejabat Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) Cyberjaya. Alhamdulilah walaupun tidak mempunyai banyak masa saya berjaya lulus di dalam Peperiksaan untuk mendapatkan lesen memancar.

Bermula babak seterusnya di mana perlu menguruskan permohonan untuk mendapatkan isyarat panggilan ('Callsign). Untuk mengisi borang permohonan ini agak mudah tetapi yang menjadi sedikit masalah adalah apabila perlu mencari 9M2 (pemegang lesen kelas A) untuk mendapatkan tandatangan dan sokongan bagi saya meneruskan urusan permohonan isyarat panggilan. Alhamdulilah urusan ini jugak di permudahkan, so tiba la masa untuk memeriksa isyarat panggilan yang mana masih kosong, tiga tanda panggil telah saya pilih untuk di isi di dalam borang permohonan dan untuk di hantar kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Setelah menunggu lebih kurang 1 minggu saya menerima panggilan dari Pejabat MCMC mengatakan permohonan saya telah di luluskan dan saya perlu membuat bayaran mengikut  tahun yang saya mohon. Saya mendapat isyarat panggilan 9W2SAF iaitu pilihan utama saya semasa permohonan, kenapa saya memohon isyarat panggil 9W2SAF ini kerana hampir dengan nama saya.

Sekarang tibalah masanya saya mula memancar menggunakan isyarat panggilan 9W2SAF, untuk pertama kali nya mmg agak mendebarkan dalam masa yang sama agak teruja untuk mencuba. Bermula dari pertama kali hingga la timbul keseronokkan dan mula rasa untuk 'explore' lebih lagi. Rupanya Hobi ni bukan setakat bersembang di Pengulang dan dengan pengiat hobi di dalam malaysia saja. Cabang di dalam hobi luas rupanya terdapat kumpulan yang melakukan aktiviti yang berbeza tetapi masih di dalam Hobi yang sama antaranya ialah komunikasi melalui 'satelite', sukan radio (contest), mencari station luar negara (dxing) dan pembuat peralatan komunikasi sendiri seperti antenna serta peralatan yang di gunakan (Homebrew).

Di sini la bermulanya perjalanan saya untuk mendapatkan keseronokkan dan kepuasaan di dalam bidang ini. Saya telah memilih untuk ke bidang 'high Frequensi' (HF), di mana saya mula belajar mengenali antenna yang sesuai di gunakan, pancaran gelombang antenna dan mengenali serta meramal propagation untuk dapat memancar sejauh mungkin mencari rakan-rakan luar negara (Contact Station) untuk aktiviti ini di panggil Dxing. Cabaran dan keseronokkan nya datang seiring di mana kesusahan yang kita lalui untuk mendapatkan 'contact station' akan terbalas apabila kita berjaya 'log' contact station itu, tanpa disedari mungkin menjerit keseronokkan atau melompat kegembiraan. hanya yang pernah melaluinya dapat mengetahui perasaannya.

Setelah berjaya memancar jarak jauh timbul keinginan untuk menyertai sukan radio (contest), pada permulaannya sukar memahami bagaimana 'contest' ini di jalankan dan apa kelebihannya. oleh kerana sifat ingin tahu semakin meninggi jadi saya memulakan langkah dengan menyertai nya. untuk pertama kali mencuba menyertai Jakarta Dx contest, di sini apa yang saya perolehi menyertai contest ini dapat meningkatkan 'contact station' atau 'dxcc' (negara berlainan). Setelah menyertai beberapa 'contest' baru saya dapat memahami bagaimana 'contest' ini berlaku. Keseronokkan semakin banyak dapat di rasai bila makin banyak di sertai. Pada awalan tahun 2018 setelah kurang 2 tahun memiliki AA (lesen memancar) dan kurang 1 tahun penglibat dalam 'contest' saya telah berjaya menjuarai YBDX contest keseronokkannya bukan calang-calang, walaupun hanya menerima sijil elektronik dan 'plaque' tetapi ini adalah pengiktirafan bertaraf dunia. Untuk mendapatkan sijil atau plaque ianya perlu melalui beberapa proses bukan nya terus di cetak dan di serahkan kepada pemenang.

Sebenarnya di dalam hobi ini semakin kita melakukan percubaan dan mula mencuba cabang-cabang aktivti yang baru, semakin bertambah kita menyukai hobi ini. Kepuasan dan Keseronokan di dalam hobi ni bermula apabila anda mula mencuba sesuatu yang baru, kerana di situ bermula cabaran dan kejayaan di dalam percubaan itu adalahan satu keseronokkan untuk pengendali Hobi ini. Bagi saya adalah sutu kerugian apabila kita tidak cuba untuk 'explore' di dalam hobi ini. Hobi yang unik ini hanya Pengendali nya tahu apa yang membuatkan setiap pelaburan mereka mendapatkan barangan (radas) terbalas Keseronokkan yang paling di ingati adalah dari mula tiada siapa yang mengenali saya atau mengenali tempat tinggal saya, sekarang isyarat panggil saya sudah mula di kenali dan lokasi rumah saya sudah mula orang tau. Walau nampak kecik sebenarnya secara tidak langsung anda telah membuat rakan-rakan pengiat hobi ini mengenali siapa anda serta mengenali isyarat panggilan anda. Pesanan saya jika anda memilik lesen (AA) jangan biarkan hobi kita ini di perkecilkan dan di pandang rendah. Hobi kita berlesen dan kita perlu menduduki peperiksaan sebelum berjaya memancar, jadikan kita sebagai pemegang lesen atau Ham Operator yang berilmu dan di segani.

saya kongsikan ringkas peralatan yang saya gunakan dan sijil pertandingan yang saya sertai.
terima kasih kerana membaca.
ini percubaan saya yang pertama untuk mula menulis andai kata ada kekurangan itu datangnya dari saya.
membaca jambatan ilmu tidak rugi membaca sebaliknya menjadi kerugian jika kita tidak menuntut ilmu