Saturday 29 December 2018

Cara untuk 'setting' log N1MM serta Import UDC file.

assalamualaikum dan selamat sejahtera, terima kasih kerana menjengah ke blog ini.

Setiap Operator Radio Amatur kerap menggunakan N1MM sebagai logging sistem untuk Dxing mahupun Contest, Logging sistemnya sangat mudah dan  sesuai untuk kegunaan para Operator Radio Amatur. Di sini saya kongsikan serba ringkas bagaimana unutk mengubah logging sistem dari Dxing kepada Log Contest tertentu serta bagaimana untuk menambah UDC file yang terbaru bagi sesuatu contest.

1 - cara untuk membuat logging Dxing  Serta Contest yang baru.


  • Klik file - select New Log database 

  • Klik Log Type - Select DX  (isikan start date) @ select Nama Contest.

  • klik contest - Isikan Maklumat kategori 

  • akhir sekali Klik Ok.

2 -  cara untuk menambah UDC file yang baru untuk contest.

  • download UDC file contest tersebut dari Web Page Penganjur contest.
  • Select UDC file kemudian copy.
  • Open N1MM dokumen - select UserDefinedContests - Paste UDC file tadi.

  • Setelah selesai, buka N1MM semula dan ikut cara yang di atas untuk membuat logging sistem yang baru contest tadi.

Sangat mudahkan, selamat mencuba dan menggunakan logging sistem N1MM. semuanya mudah jika kita mengetahui cara untuk menggunakan nya.. Good Luck and Enjoy ur dx or contest.

Terima kasih,
jumpa lagi,
73
9W2SAF


Monday 19 November 2018

Antara kejayaan 9W2SAF di dalam Contest pada tahun 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Terima kasih kerana menjengah blog ini.

Setiap orang mempunyai hobi tersendiri dan akan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik demi mencari sedikit keseronokkan di hati. Saya memilih hobi Radio Amatur dan amat serius di dalam cabang Sukan Radio @ Contest. Bermula dengan mengumpul peralatan yang sebaik mungkin dan memperkemaskan diri untuk menggunakan semua peralatan semaksima mungkin. Untuk bidang ini saya telah melakukan pelaburan yang boleh di katakan sangat besar kerana saya memiliki sebuah tower untuk meletakkan antenna,beberapa jenis antenna dan radio shack yang untuk sesuai kegunaannya dengan tujuan saya terlibat di dalam Contest.


Boleh saya bermula di dalam bidang ini pada bulan Mac 2017 secara am nya menggunakan peralatan yang 'basic' dan mula mempelajari segala teknik dan mencari penglaman. Pada Januari 2018 saya telah mula serius di dalam bidang ini dan cuba mendapatkan keputusan yang terbaik di dalam setiap kategori yang saya turut serta. Boleh di katakan tahun 2018 merupakan tahun yang bertuah untuk saya kerana hampir semua pertandingan yang saya turut serta saya berjaya mendapatkan keputusan yang terbaik.. Antara pencapaian nya ;

YB DX contest 2018 (12 Januari 2018 24 hours)

 # 1 World & Asia 
Single Op - Low Power

Malaysia Local Contest 40M ( 3 Febuary 2018)



# 2 Malaysia
Single Op Single Band -Low Power


CQWPX 2018 (24-25 March 2018 - 48hours)
# 1 World, Asia & West Malaysia
Single Op Single Band - Low Power
Overlay - Rookie

SP DX Contest 2018 (7-8 April 2018)

#1 West Malaysia & #2 Asia
SOSB - Low Power 40m

IARU HF Contest 2018 ( 14-15 July 2018)
#1 West Malaysia & #5 Zone 54

Jakarta Dx Contest 40m (21 July 2018 - 12hours)


# 1 World & Asia
Single Op - Low Power

Ini adalah sebahagian hasil kejayaan 9W2SAF atau Lenggong Dx And Contest Station pada tahun 2018. Saya bermula seperti anda juga, dengan menjadikan kejayaan rakan-rakan di dalam bidang yang mereka ceburi sebagai pembakar semangat untuk mendapatkan suatu keputusan yang terbaik di dalam bidang yang saya ceburi. Bagi saya anda semua juga boleh berjaya cuma perlu sedikit masa untuk memahami contest dan sedikit usaha untuk mengejar impian anda. Tiada yang mustahil andai ada usaha dan tidak gentar untuk mencuba..

ps : andai anda usaha anda akan merasakkan kemanisan nya dan juga sebaliknya, di dalam bidang ini perbezaan kita adalah siapa yang berusaha dan rajin mencari ilmu dia akan berjaya berbanding kita yang hanya mengharapkan nasib sahaja.

Maaf andai ada terkasar bahasa.

9W2SAF
Achik Pscho
Lenggong Dx And Contest Station




Sunday 18 November 2018

How did 9W2SAF get successful in hamradio contesting.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, terima kasih kerana menjengah blog ini.


Sukan radio @ contest merupakan suatu aktiviti yang menjadi kegilaan bagi sesetengah pengemar hobi radio amatur di serata dunia. Keseronokkan nya sukar untuk di gambarkan sekiranya kita menjuarai atau mendapatkan score tertinggi untuk sesuatu kategori yang kita sertai.

Sama seperti anda semua saya juga sering tertanya-tanya bagaimana contester yang menjuarai sesuatu kategori itu mendapatkan score macam itu, peralatan nya hampir sama saja tapi apa yang membezakan sehingga dia mampu berjaya? setelah di teliti sebenarnya ada perkara yang saya terlepas pandang, kita hanya selalu fikirkan tentang peralatan sahaja tetapi dari segi teknikal nya kita tidak amik tahu. saya memetik kata-kata guru saya, peralatan adalah suatu untuk memberikan keselesaan kepada Operator tetapi kalau peralatan bertaraf dunia sekalipun tidak menjaminkan kejayaan sekiranya Operator tersebut tidak tahu mengendalikan nya semaksima mungkin. Apakah yang membezakan kita sebenarnya dengan contester yang berjaya, perbezaan nya adalah mereka telah siap sedia untuk menyertai suatu pertandingan itu dan mereka mempunya strategi untuk mendapatkan score tertinggi semasa contest itu.


Setelah mengetahui perbezaan itu, saya telah mula melakukan beberapa perancangan untuk turut serta dalam contest, Untuk berjaya di dalam contest selain mempunyai peralatan sebaik mungkin kita jugak perlu sedia mental, stamina dan startegi untuk turut serta dalam contest. Di sini saya kongsikan bagaiman cara saya membuat perancang untuk turut serta dalam contest. seperti ,

                Memahami dan meneliti peraturan pertandingan (score point)
·    Dengan memahami ‘score point’ pertandingan kita akan mengetahui di mana ‘easy point’ yang boleh mendapatkan score kita bertambah serta mengetahui cara untuk mengandakan total score kita.

Melakukan ujian peralatan dan kemampuan pancaran.
·    Ujian ini di lakukan 1-2 hari sebelum hari pertandingan untuk memastikan peralatan kita berada di dalam keadaan yang terbaik, sesuai dengan pertandingan dan meneliti jarak kemampuan pancaran kita sesuai dengan pertandingan. Ujian ini di lakukan dengan cara melakukan Dxing dan membuat analisa qso yang kita dapat.

 Membuat Cq time table.
·    Ini adalah perkara yang tersangat la penting untuk mendapatkan kejayaan kerana kita tidak akan membuang masa dan hilang tenaga untuk Cq sepanjang masa pertandingan kalau kita sudah ada cq time table. Tujuan cq time table adalah untuk memastikan kita Cq di masa yang terbaik dan semasa station tertentu sedang aktif.

 CQ Plan.
·     Tujuan nya adalah untuk sesuaikan dengan ketiga-tiga cara yang di atas tadi, Cq plan adalah perkara yang akan kita gunakan atau rujukkan semasa pertandingan di jalankan. Cq plan merupakan apa yang kita rancangankan dan akan kita lakukan untuk mendapatkan score tertinggi sesuai dengan pertandingan.

Kumpul stamina untuk turut serta contest.
·    Selalu nya contester terlepas pandang bab ini, sebenarnya contest ni memenatkan kerana station banyak aktif di masa waktu kita berehat jadi kita kehilangan point di situ. Kita perlu rehat  yang cukup dan stamina yang cukup untuk tetap fokus rx dan exchange untuk mendapatkan score.

Setelah kita mempunyai CQ Plan kita mampu untuk mendapatkan score tertinggi atau menjuarai sesuatu pertandingan yang di jalankan kerana kita telah siap sedia untuk turut serta di dalam contest ini. Di dalam contest siapa yang ada perancangan yang terbaik dia akan berjaya mendapatkan sesuatu, manakala siapa yang sekadar turut serta dia akan dapat setakat itu saja. apa yang kita lakukan adalah sesuai dengan usaha kita. Ingat dan simpan kata-kata saya ini, Kita yang menentukan sama ada kita berjaya atau kita setakat itu saja, tanpa usaha dan perancangan yang terbaik kita hanya boleh berangan saja untuk sukses atau hanya bergantung dengan nasib sahaja.

9W2SAF
Lenggong Dx And Contest Station
Achik Pscho (FB)






Tuesday 31 July 2018

Identiti 9W2SAF

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih keran menjengah ke blog ini.

Pada awal terlibat di dalam hobi ini saya juga seperti anda, dapat 'qso' dengan rakan-rakan sekitar sudah cukup buat saya. Tetapi apabila semakin lama semakin saya merasakkan hobi ni membosankan kerana saya rasa kalau hendak 'qso' lagi selesa menggunakan talian prabayar atau terus berjumpa dan boleh berbual panjang tambahan pula saya bukan la jenis yang suka berbual panjang dan muda kata saya ini tidak banyak 'modal' untuk di jadikan bahan untuk 'qso'. Mungkin juga ada pengemar hobi ini yang merasakan sama seperti saya.

Untuk tidak merasakan pelaburan yang telah saya lakukan untuk terlibat dalam hobi ini suatu pembaziran saya mula menerokai hobi ini dan mencari di manakah cabang di dalam hobi ini yang membuatkan saya rasa tidak pernah puas untuk saya terokai. Pada permulaannya saya cuba untuk melakukan 'qso' dengan pengulangan yang berada jauh dari kawasan Base saya untuk saya 'qso' dengan rakan-rakan yang bukan berada hampir dengan saya. Untuk permulaan aktiviti melakukan 'contact' dengan pengulang jarak jauh ini saya berjaya dapat membuat 'contact' dengan 'local repeater' Cameron Highlands dan di 'respon' oleh 9W2DNA dengan rst 4/7-4/8 dengan menggunakan kuasa pancaran lebih kurang 30w, jaraknya adalah lebih kurang 80-90km garis lurus dari lokasi saya dan yang pengulangan ke 2 yang saya cuba membuat contact adalah 9M4RBL (Astra Linking), kenapa saya memilih 9M4RBL ini kerana saya di maklumakan untuk dapat membuatkan contact dengan pengulang ini dari Base saya bole di katakan agak sukar kerana 'repeater relay' untuk ke pengulang 9M4RBL telah tiada dan sebelum ini tiada lagi station yang berjaya untuk membuat 'contact' secara terus ke 9M4RBL. Untuk mencapai ke pengulang ini say telah melakukan 2 percubaan menggunakan antenna yang berbeza dan hasil nya jugak berbeza. percubaan pertama, saya menggunakan antenna yagi 3 elemen yang di hasilkan oleh 9W2XIO dengan ketinggian lebih kurang 28ft serta kuasa pancaran 30w saya dapat melakukan 'contact' ke 9M4RBL dengan rst 5/5-5/8, bagi percubaan ke 2, saya menggunakan antenna omni dengan kuasa pancaran yang sama tapi ketinggian nya berbeza. Untuk kali ini boleh di katakan saya berjaya melakukan 'contact' dengan baik saya mendapat rst dari rakan-rakan yang sedang 'qso' pancaran saya stabil 5/9.Rata-rata rakan ham yang mendengar hampir tidak percaya saya melakukan 'contact' secara terus dari base ke 9M4RBL dan saya merupakan orang pertama berjaya melakukan 'contact' secara terus ke 9M4RBL.

Walaupun boleh di kata saya berjaya melakukan apa yang saya mahukan tapi hati masih tidak pernah merasa puas, jadi saya mencuba untuk melakukan aktviti 'simplex' untuk mencari rakan-rakan yang mampu mendengar pancaran saya. Untuk aktiviti simplex ini saya berjaya mendapatkan 4 station dengan menggunakan power di antara 5w hingga 50w. Saya memilih untuk menggunakan simplex V24 & V38 untuk aktiviti ini dan saya pernah melakukan 'contact' dengan beberapa station seperti Tg Piandang 9M2RR (124km jarak melalui jalan raya),Setiawan 9W2OVZ (134km jarak melalui jalan raya), Grik 9W2TZO (50km jarak melalui jalan raya) dan saya menggunakan kuasa pancaran 5w dapat membuat 'contact' dengan station dari kuala Kangsar 9W2SXF ( 48km jarak melalui jalan raya)

Walaupun saya telah memcuba sesuatu yang lain dalam hobi ini saya masih rasa ia tidak begitu menarik dan masih ada lagi di hati kecil mengatakan hobi ini membosakan kerana rata-rata yang telah saya cuba lakukan akhirnya ia tetap sama, iaitu perbualan yang memerlukan suatu topik untuk kita 'qso'. Tetapi janganlah salah anggap saya tidak mengatakan 2M ini membosankan tetapi kalau yang jenis sama macam saya akan merasakan ia membosankan kerana saya bukan jenis yang suka berbual panjang dan ada 'modal' untuk berbual.

Akhirnya saya mula cuba meneroka aktivti 'Dxing' dan 'contest', yang ini akan berbeza sedikit dan ia memang boleh di katakan mencabar. peralatan-peralatan yang sebelum ini saya gunakan untuk aktiviti yang saya nyatakan di atas semua tidak boleh di gunakan, jadi bermula la suatu cabaran di mana saya perlu mengumpul 'bajet' untuk memiliki peralatan bagi saya merasai keseronokkan di dalam aktiviti ini. untuk peralatan permulaan saya hanya guna 'transiever' basic saja dan menggunakan antenna wire dipole yang telah di buat oleh 9M2RR untuk saya gunakan.

Untuk permulaan mengendalikan peralatan HF, saya hanya akan membuat 'contact' dengan rakan-rakan yang saya kenali saja kerana saya tidak ada 'modal' untuk berbual panjang dan sekiranya di tanyakan tentang teknikal atau di ceritakan tentang setup HF saya tidak tahu untuk menjawap. Keseronokkan bermula apabila saya mula memberanikan diri untuk 'Dxing' iaitu membuat panggilan untuk mencari rakan-rakan, masa ni betul-betul mendebarkan maklum saja la saya sendiri tidak dapat mengetahui pancaran saya sejauh mana dan station mana yang akan menjawab panggilan saya. 'contact' pertama saya untuk jarak jauh adalah station dari India dan Jepun. Dapat membuat 'contact; dengan 2 station ini sudah membuatkan saya rasa ingin melompat siapa sangka saya berjaya 'contact' dengan station yang jauh. Selepas berjaya melakukan aktiviti 'dxing' saya mencuba aktiviti 'contest', ini part yang agak berbeza kerana saya perlu peka dengan 'contest' yang di jalankan serta perlu mengisi log dan 'exchange' yang betul untuk mendapatkan markah, untuk permulaan saya terlibat di dalam 'contest' adalah Jakarta Dx contest dan keputusan nya saya no 30 boleh di katakan tercorot tetapi ia bukan sebagai suatu penamat ia merupakan suatu cabaran untuk kita terus ke hadapan.



Setelah saya mencuba pelbagai aktiviti yang saya nyatakan saya dapat rasakan saya lebih cenderong kepada aktiviti 'Dxing' dan 'Contest'. Boleh di katakan di dalam 2 aktiviti ini saya merasakan tidak pernah puas dan jemu, kalau boleh setiap masa dan setiap hari saya mahu lakukan aktiviti ini. keseronokkan dan kepuasan untuk aktiviti ini telah saya rasai, saya telah memenangi beberapa 'contest' yang telah saya turut serta dan kejayaan terbesar buat diri saya adalah saya memenangi YB DX contest dengan kedudukkan tempat 1 World Single Operator-Low power. Manakala untuk aktiviti 'Dxing' buat masa terkini saya telah melakukan hampir 4000 qso/log dengan 100 dxcc/negara dan saya telah merasai 'pileup' (di kerumuni) semasa saya melakukan aktiviti dxing. Keseronokkan dan kepuasaan di dalam hobi ini berbeza untuk setiap pengemarnya, cuma apa yang saya boleh katakan jika kita tidak mencari kita tidak akan merasainya. Cubalah meneroka setiap apa yang ada di dalam hobi ini mungkin anda jugak akan merasai apa yang saya rasai.


semoga bertemu lagi,
terima kasih kerana sudi membaca.


Monday 18 June 2018

The man who behind Lenggong Dx and Contest Station

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi menjengah ke Blog ini.

Kerap kali saya di tanya kan bagaimana saya membina nama dan membuat orang mula mengenali siapa Operator Lenggong Dx & Contest Station. Saya menggunakan Isyarat Panggilan 9W2SAF dalam melakukan aktiviti Radio Amatur dan di kenali dengan SAF (Nama yang mudah di ingati kerana hampir dengan nama saya yang sebenar) serta saya juga di gelarkan Lenggong Dx & Contest station. Saya banyak terlibat di dalam aktivti Dxing dan Contest. Boleh di katakan saya agak taksub dengan 2 aktiviti tersebut kerana saya suka mencabar diri dan suka mencuba sesuatu yang orang kata sukar.

Disebalik kejayaan ini pasti nya ada tangan-tangan ghaib dan guru yang sentiasa memberi semangat dan berusaha untuk mereliasasikan kejayaan ini. Boleh di katakan saya mempunyai banyak  Guru sepanjang saya memulakan aktiviti ini, cuma di sini saya memilih 3 guru yang sentiasa membantu dan menyelesaikan masalah yang melanda kita saya melakukan aktiviti ini. Antara Guru-guru yang banyak berjasa dan tidak akan saya lupakan sepanjang saya menceburi aktiviti ini adalah Cikgu Zaki (9M2ZAK), Cikgu Kayrol (9M2OOO) serta En. Salehan @ Han (9W2SBD).

Semestinya menjadi tanda tanya kan di antara ketiga-tiga guru tadi yang mana paling kerap menjadi rujukkan saya, agak sukar untuk saya mengatakan siapa yang kerapa menjadi rujukkan kerana setiap guru yang di nyatakan mempunyai kelebihan mengikut kepakaran masing-masing. Guru yang kerap menjadi tempat rujukkan saya serta yang banyak membantu untuk saya dapat merasakan kepuasaan maksima di dalam aktviti radio amatur adalah Cikgu Zaki Din (9M2ZAK).

Cikgu Zaki telah membantu saya mencorak perjalanan dari kosong sehinggalah ada sesuatu yang boleh saya banggakan di dalam aktiviti radio amatur. Saya mengenali Ckgu Zaki bermula apabila saya membeli Transievers Yaesu Ft2900r dan di sini la bermulanya beliau membantu saya untuk saya dapat melakukan 'qso' di dalam Hobi Radio amatur.  Mulanya hanya bertanyakan bagaimana untuk saya dapat 'qso' dengan rakan-rakan sekitar sehinggalah pancaran saya dapat di dengari serata negara, saya memenangi 'plaque' pertandingan dan menjuarai beberapa kategori yang di pertandingan.
Kejayaan saya hari ini adalah kerana saya mempunyai guru-guru yang hebat serta tidak pernah putus asa mendidik saya sehingga saya berjaya.

(bersama 9M2ZAK)


Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru-guru saya kerana mendidik saya sehingga saya merasa kepuasaan yang maksima dan saya di kenali dan membina nama Lenggong Dx & Contest station. Terima kasih Cikgu Zaki (9M2ZAK), Cikgu Kayrol (9M2OOO) serta En. Salehan (9W2SBD) tanpa sokongan dari anda saya tidak mampu seperti sekarang. semoga anda semua terus berjaya dan di permudahkan segala urusan yang di lakukan. Tidak di lupakan juga, Tahniah Cikgu Zaki atas kejayaan menjadi wakil pertama Malaysia yang akan ke WRTC (World Radio Team Championship) suatu pertandinga radio amatur bertaraf dunia dan hanya yang berkelayakkan akan di jemput. Semoga anda di permudahkan urusan di sana serta berjaya pulang dengan kejayaan.

(Signal pancaran ku)

p/s : Bukan guru yang mencari anak murid tetapi anak murid yang perlu mencari guru untuk mengejar kejayaan. pilih lah guru yang mana anda mudah untuk belajar dan yakin lah dengan apa yang guru anda ajarkan.

semoga coretan ini dapat memberikan sesuatu kepada pembaca,
semoga berjumpa lagi
73.


Thursday 10 May 2018

Bagaimana untuk berjaya melakukan aktiviti Dxing dan Contest

Assalamualaikum dan terim kasih kerana sudi menjengah ke blog ini.

Seringkali saya di tanyakan bagaimana saya berjaya melakukan aktiviti Dxing dan Contest, sebenarnya boleh di katakan agak mudah untuk kita berjaya di dalam aktiviti Dxing dan Contest ini. Anda mungkin kerap melakukan aktiviti Dxing dan Contest tetapi anda tidak pernah cuba melihat kembali kepada log qso atau membuat statistik berkaitan tahap pencapaian anda serta jarak pencapaian pancaran anda pada masa yang tertentu sepanjang aktiviti itu di jalankan.

Boleh di kata aktiviti Dxing dan Contest mempunyai kaitan yang rapat cuma ia berbeza dari segi kita mengisi log dan tujuan nya sahaja (ini pendapat saya). Ada antara rakan-rakan pernah menyuarakan kepada saya bahawa mereka sukar untuk berjaya di dalam aktiviti ini kerana peralatan yang mereka gunakan hanya lah basic saja, ini sebenarnya suatu kesilapan kepada operator itu peralatan yang di gunakan adalah suatu alat untuk menambah keselesaan kepada operator itu. Untuk berjaya di dalam aktiviti ini semuanya berbalik kepada operator itu sendiri.



Ada beberapa perkara yang perlu di lakukan oleh Operator untuk berjaya di dalam aktiviti ini, ini adalah sedikit perkongsian apa yang saya lakukan untuk berjaya di dalam aktiviti ini, antaranya adalah seperti :


  1. seringkali melihat semula dan membuat statistik berkaitan masa dan negara rakan yang menjawab panggilan saya, ini kita boleh rujuk di qso log kita.
  2. membuat perancangan untuk cuba menembusi kawasan tertentu. contohnya kita merancang untuk menembusi kawasa EU, setelah di lihat pada statistik yang kita lakukan kita dapat mengetahui pada masa tertentu kita mampu mencapai ke kawasan tersebut dan pada ketika itu kita akan memburu station di kawasan itu.
  3. memilih antenna yang bersesuaian mengikut tujuan (sekiranya mempunyai lebih dari 1 antenna) atau mengubah kedudukkan antenna mengikut kesesuaian tujuan kita.
  4. memantau frekuensi adakah ia bersesuaian untuk tujuan atau adakah propagation membuka pada ketika ini (berkaitan propagation agak sedikit rumit kerana memerlukan operator itu peka dengan perubahan yang berlaku di frekuensi)

Seperti saya maklumkan di awalan tadi, sekiranya ingin berjaya di dalam aktiviti ini operatornya perlu memahami apa yang hendak dia lakukan supaya ia menepati tujuannya. Semua orang mampu berjaya tetapi ia perlu mengetahui bagaimana untuk dye berjaya di dalam aktiviti ini.


Apabila anda sudah berjaya melakukan aktiviti Dxing secara tidak langsung anda sudah bersedia untuk turut serta di dalam contest, kerana setiap cara yang di lakukan untuk berjaya di dalam aktviti Dxing juga turut sama di gunakan untuk aktviti Contest. Mudahkan sebenarnya untuk berjaya di dalam aktiviti ini cuma anda perlu mengikut cara yang betul dan ingin saya tegaskan apabila anda mendengar atau membaca tetapi anda tidak pernah mencuba ia nya hanyalah sia sia sahaja, pengalaman datang bukan dari mendengar dan membaca ia nya datang dari hasil kita mencuba nya.
Di sini ingin saya kreditkan kepada guru-guru saya yang banyak membantu saya sehingga saya berjaya dalam aktiviti yang saya lakukan..Terima Kasih  Cikgu Zaki (9M2ZAK), Cikgu Kayrol (9M2OOO) dan En. Salehan (9W2SBD) tanpa anda siapa lah saya dan tidak mungkin saya berjaya.

Semoga makin banyak station dari malaysia melakukan aktiviti ini, saya sentiasa menunggu untuk membuat contact bersama anda. Jumpa anda di Frekuensi.

Terima kasih kepada para pembaca, sekiranya ada sebarang kesilapan atau penambah baikkan boleh tinggalkan komen anda.

Semoga kita berjumpa lagi

73

Thursday 19 April 2018

Logging Sistem

assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kerana sudi menjengah blog ini.

logging sistem? apa sebenarnya yea. Logging sistem adalah suatu app/software yang di gunakan hampir keseluruhan ham di dunia, ini untuk memudahkan kita menyimpan maklumat berkaitan station yang pernah kita contact. Terdapat pelbagai jenis logging sistem yang di gunakan, antara yang mudah adalah N1MM (offline log sistem)  dan Qrz.com (online log sistem). Selain itu juga logging sistem ni di gunakan untuk anda terlibat di dalam sukan radio (contest) atau aktiviti 'dxing' tapi ia nya tidak terbatas kepada 2 aktiviti tersebut, untuk log station qso di mana2 freq amatur atau qso di repeater juga boleh di log kan di dalam logging sistem ni.

Mungkin anda mengetahui tentang logging sistem ini tetapi tidak mengetahui untuk menggunakan nya, untuk menggunakan logging sistem ini sangat la mudah dan ini merupakan tujuan utama logging sistem ini untuk memudahkan anda mengisi maklumat qso anda dan sebagai bukti anda melakukan qso bersama contact station.

Sering kali terlihat rakan-rakan bertanyakan bagaimana untuk menggunakan logging sistem ini, ia nya sangat mudah anda hanya perlu mengingati cara-cara ini dan setelah berulang kali menggunakan pastikan anda akan rasa ianya sangat mudah dan berbaloi di gunakan berbanding membuat salinan menggunakan buku dan pen. ini adalah cara untuk menggunakan logging sistem ini.

N1MM (  https://n1mm.hamdocs.com/tiki-index.php ) link download

terdapat 3 cara mudah untuk menggunakan N1MM

1 - Masukkan mode yang ingin di gunakan di petak bertanda X kemudian enter.
2 - Masukkan freq yang ingin di gunakan di petak bertanda X kemudian enter.
3 - Masukkan Callsign, RS, Nama & Sebarang komen kemudian enter.




Mudahkan hendak menggunakan N1MM.

sekirannya anda ingin menggunakan log ini untuk tujuan yang lain seperti terlibat di dalam sukan radio anda hanya perlu ;

File  select new log dan pilih log jenis apa yang anda mahukan isi maklumat yang di perlukan dan klik ok.

Qrz.com (online logging sistem)

untuk menggunakan qrz.com anda perlu mendaftar dan membuat akuan anda sendiri menggunakan callsign anda. Setelah anda mempunyai akaun anda di qrz.com anda boleh edit segala maklumat berkaitan yang anda ingin letakkkan dan membuat logbook qso anda di qrz.com. Logbook di qrz,com akan dapat di lihat oleh station yang lain berkaitan maklumat anda ia akan memudahkan qso anda nanti, selain itu logbook ini juga akan membuktikan anda pernah melakukan qso/contact dengan sesuatu station secara sah di sebabkan ada penanda 'comfirmation' di logbook untuk menyatakan qso itu adalah benar. Selain itu logbook qso anda ini boleh di gunakan untuk anda 'claim award' yang ada di sediakan. (berkaitan 'award' akan kita bincangkan di sesi yang lain).


Mesti anda tertanya-tanya apa kaitan kedua logging sistem ini kan, kerana kedua nya hampir sama yang berbeza adalah 1 logging offline dan 1 logging online. Kedua logging sistem ini sangat penting dan ada kelebihan masing-masing. Logging sistem N1MM adalah logging sistem yang di gunakan terdahulu sebelum qrz.com kenapa ia sebegitu, dalam apa jua aktivti kita akan menggunakan N1MM untuk mengisi maklumat qso dan kemudian baru kita update di qrz.com untuk mendapatkan comfirmation dari rakan contact, kemudian log di N1MM sudah di sertakan sekali format untuk di hantar bagi tujuan sukan radio @ contest manakala qrz.com hanya la logbook untuk rakan-rakan mendapatkan maklumat bagi mengesahkan qso, untuk mendapatkan 'award' dan maklumat untuk menghantar qsl kad (berkaitan ini anda boleh rujuk di blog guru saya 9m2zak.blogspot.com )

ini adalah cara bagaimana kita import file dari N1MM ke Qrz.com

N1MM

untuk update ke Qrz.com
file select export file select export ardif file select export ardif file kemudian namakan file itu yang mudah anda ingat.

untuk sukan radio
file select cabrilio file kemudian save di tempat yang mudah anda cari (kalau saya kebiasaan nya saya akan save di destop, selepas saya selesai menghantar lg tersebut di email @ web yang di sediakan saya akan delete dan mulakan update di qrz.com menggunakan cara yang di atas)

Qrz.com

setelah anda export file di N1MM seperti  yang telah di maklumkan anda terus ke qrz.com kemudian ikuti langkah ini

qrz.com select logbook select setting select import masukkan file yang anda namakan tadi kemudian klik ok. setelah selesai segala maklumat qso tadi akan di masukkan di logbook secara automatik dan sekiranya ada station yang terlebih dahulu update secara automatiknya qso anda tadi terus di sah kan.

Mudahnya kan menggunakan logging sistem ini, apa guna nya anda mengatakan anda telah melakukan 1000 contact/qso tetapi bila di tanya apa buktinya anda tidak dapat memberikan maklumat tersebut tetapi apabila anda sudah mula menggunakan logging sistem ini anda tidak perlu risau tentang membuktikan anda telah melakukan qso bersama rakan-rakan. Selagi anda terus berusaha untuk mengetahui sesuatu cabang radio in sya allah akan ada rakan sudi membantu anda mengejar apa yang anda cari.

semoga perkongsian ini dapat menjelaskan serba ringkas berkaitan logging sistem dan memberikan anda sedikit pengetahuan betapa pentingnya logging sistem dan ia nya sangat mudah untuk di gunakan.
andai ada penambahbaikkan atau komen sila tinggalkan di ruang yang disediakan.
terima kasih kerana sudi membaca, membaca itu jambatan ilmu tidak akan sia-sia masa anda membaca malah mungkin berguna di masa yang akan datang apa yang ada baca.
terima kasih sekali lagi semoga bertemu lagi
73

Wednesday 18 April 2018

Bagaimana saya memulakan aktiviti ‘Dxing’ (cq dx)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, terima kasih kerana menjengah ke blog ini.

Kerap kali di tanya oleh rakan-rakan bagaimana untuk memulakan aktivti 'dxing' atau panggilan jarak jauh. Sebenarnya tidak susah untuk memulakan aktiviti 'cq dx' anda hanya perlu ada peralatan yang bersesuaian seperti 'transiever', PSU, Tunner dan antenna yang bersesuaian dengan tujuan anda, Acap kali di perkatakan untuk memulakan aktiviti 'dxing' kita perlu peralatan yang melibatkan kos yang tinggi.




Saya memulakan aktiviti 'dxing' dengan menggunakan peralatan seperti yaesu ft857d, mfj tunner, swicthing psu dan inverted V antenna sahaja (seperti gambar di atas). wire dipole saya pasang lebih kurang 30ft bukaan utara selatan. Dengan propagation yang bagus dan masa yang sesuai kita mampu melakukan contact dengan jarak yang maksima. Dengan menggunakan peralatan seperti yang di nyatakan jarak paling jauh saya mendapat rakan contact adalah di sekitar kawasan EU (Russian Area). Apabila kita mampu meramal propagation dan menggunakan peralatan semaksima mungkin tiada halangan untuk kita melakukan aktiviti 'dxing'.

Di sini saya berikan sedikit tips untuk rakan-rakan yang baru dan mungkin pertama kali untuk memulakan aktivti 'dxing', saya dahulu juga seperti anda gementar serta gemuruh tambahan lagi tidak mengetahui station mana yang akan menyahut panggilan kita dan bertambah gelisah apabila perlu 'speaking'. Jangan risau dan jadikan ini semua penghalang untuk anda mencuba aktiviti ini, teringat saya bagaimana saya bertanya kepada cikgu yang banyak membantu saya dari mula sehingga sekarang iaitu Cikgu Zaki (9M2ZAK), beliau telah menulis skrip untuk saya mulakan 'dxing' dan sekiraanya ada soalan yang di tanya, saya mampu jawab saya akan cuba menjawab sekiranya tidak saya akan terus berikan 73. Ini adalah skrip nya ;

untuk memulakan 'cq dx'

bertanya kan adakah freq ini sedang di gunakan? di ulang sebanyak 3 kali
are this freq in use?
sekiranya tiada jawapan jadi kita boleh mempergunakan freq ini untuk kegunaan kita, sebalik nya kita perlu mencari freq yang kosong dan tidak menggangu rakan-rakan lain.

untuk memulakan memanggil station

cq dx cq dx cq delta xray cq delta xray  9 whiskey 2 siera alfa foxrot 9 whiskey Number 2 Sugar America Florida calling cq dx and stanby.
tunggu sebentar antara 30-40 saat dan di ulang semula sehingga di sahut oleh station.

untuk menjawab rakan contact

9m2zak this is 9w2saf, thanks you my fren for coming into my call, ur rst 59, handle is safri i spell siera alfa foxrot radio india, im from west malaysia.. back to you 9m2zak 9w2saf over

untuk qso terakhir

thanks you  mr zaki for the nice qso i hope i can see u again 9m2zak 73

seterus nya terus memanggil

qrz 9 whiskey 2 siera alfa foxrot calling cq dx

Begitulah apa yang sy pratikkan sepanjang saya memulakan aktiviti 'dxing', semakin lama saya melakukan aktivti 'dxing' semakin saya dapat memantapkan qso saya bersama station luar negara. Bagi saya sesiapa yang ingin memulakan aktiviti ini tidak perlu gundah gulana, di setiap permulaan kita mencuba sesuatu, perasaan yang sama akan menghantui kita. keseronokkan yang sebenarnya akan anda kecapi apabila anda dapat memenuhi keinginan anda.

aktiviti 'dxing' tidak semestinya memerlukan peralatan bertaraf  'world class', cukup sekadar memiliki peralatan yang bersesuaian untuk melakukan aktiviti ini. Peralatan yang biasa akan jadi luar biasa apabila operator mempergunakan peralatannya sebaik mungkin. Kelebihan utama di dalam aktiviti ini adalah operator nya sendiri, peralatan yang bagus adalah untuk keselesaan semasa melakukan aktiviti ini. Tepuk dada dan tanya pada diri anda, adakah anda  ingin mencuba apabila peralatan sudah sampai tahap 'world class' atau mempergunakan peralatan sedia ada sebaik yang mungkin, dalam hobi ini terdapat pelbagai cara rakan-rakan mencari kepuasaan. semua nya terpulang kepada anda.

semoga ham malaysia makin ramai yang terlibat dalam aktiviti dxing dan contest.
terima kasih kerana sudi membaca, andai ada sebarang cadangan penambahbaikkan atau teguran sila tinggalkan komen di ruang yang di sediakan..

Semoga kita berjumpa lagi,
73



Sunday 8 April 2018

Pengalaman 'Pileup' EU station

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kerana sudi menjengah blog ini.



Seringkali monitor di 40m terdengar rakan-rakan amatur menghadapi 'pileup', rasanya hampir keseluruhan rakan-rakan amatur mengidamkan untuk mendapatkan 'pileup' semasa melakukan aktiviti cq dx. 'pileup' merupakan suatu keadaan di mana panggilan cq dx kita di sambut oleh rakan-rakan amatur dengan begitu 'meriah' sekali dan ada rakan-rakan amatur malaysia memanggil keadaan itu seperti 'zoo' di mana kita di serbu oleh ramai rakan-rakan amatur dari dalam dan luar negara.

Seperti biasa sebelum memulakan apa-apa aktiviti cq dx saya akan monitor di frekuensi 40m, hampir 10minit monitor di frekuensi saya mendapati keadaan propagation pada ketika ini adalah baik dan sesuai untuk melakukan aktiviti Cq dx. Saya mula merancang untuk memilih frekuensi yang sesuai dan 'beaming' antenna ke arah yang bersesuaian dengan tujuan saya. Untuk kali ini saya memilih untuk cuba membuat sebanyak yang mungkin 'contact @ qso bersama station dari Europe. Saya menggunakan antenna Yagi, 'beaming' ke arah EU dan menggunakan kuasa pancaran semaksima  mungkun mengikut lesen saya iaitu 50w.

Setelah semua perancangan di susun dengan sebaik mungkin saya memilih frekuensi 7.147mhz untuk aktiviti Cq dx kali ni, saya memilih frekuensi ini kerana kerapa kali saya mendengar station Eu berada di frekuensi ini. Saya memulakan aktiviti ini dengan cuba membuat contact dengan station dari EU yang sedang melakukan aktiviti cq dx dan ternyata ramalan saya tepat propagation membuka dengan mudah saya dapat membuat contact dengan station tersebut, saya mendapat signal report 59 +10db.

Saya memulakan aktiviti cq dx dengan membuat panggilan sebanyak 3 kali dan di sambut oleh station dari YC0VM YB land (indonesia) kemudian oleh station yang kerap kali membantu saya dan mengajar saya 9W2SBD 9M2 land (malaysia) seterusnya saya mendapatkan contact dari Asiatic Russian UA9CVQ. Untuk 3 contact pertama saya mendapati kemungkinan saya akan menghadapi pileup kerana station conteact memberikan signal report yang memuaskan.

Seperti jangkaan saya menghadapi 'pileup' Eu area, bermacam-macam callsign mula kedengaran dan bermacam-macam loghat mula saya perlu hadapi. Untuk orang baru seperti saya keadaan seperti ini jarang saya hadapi, ini peluang saya untuk mendapatkan contact sebanyak mungkin bagi kawasan EU. Saya menghadapi 'pileup' hampir 2 jam lebih dan saya dapat membuat contact sebanyak 154 station dan 37 dxcc untuk kawasan EU.



Menghadapi 'pileup' bukan semudah yang di sangka sebenarnya, jika kita cuba membuat contact dengan station yang 'pileup' di harap kita bersabar kerana situasi yang beliau hadapi kita tidak tahu. Sebelum ini kalau saya cuba membuat contact dengan station yang membuat aktiviti cq dx dan tidak berjaya semestinya saya akan mengatakan operator tidak bagus, tetapi selepas saya sendiri menghadapi 'pileup' saya baru tahu bukan di sengajakan untuk tidak memanggil kita tetapi dalam masa yang sama beliau mendengar pelbagai callsign jadi yang kuat atau yang kendengaran jelas akan di panggil dahulu.

Perasaan menghadapi 'pileup' sukar untuk saya jelaskan kerana terdapat pelbagai perasaan ketika itu, dalam saya gembira mendapatkan contact saya jugak takut dan gelabah untuk mengawal keadaan 'pileup'. Tips saya jangan kita malu untuk memaklumka kita masih baru supaya rakan-rakan contact memahami keadaan kita, setiap apa yang kita hadapi kita maklumkan contoh jika terdapat qrm dan jangan lupa untuk ucapkan terima kasih di atas contactnya.

Ini adalah sedikit penglaman dan apa yang saya boleh kongsikan kepada rakan-rakan, penglaman saya menghadapi 'pileup' dan sedikit tips untuk melakukan aktiviti cq dx.

Moga ada manfaatnya untuk rakan-rakan.


Friday 16 March 2018

CQWPX CQ plan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana menjengah blog ini.

Kehangatan semakin di rasai oleh pengemar sukan radio atau lebih mudah kita sebut 'contest'.
Terdapat pelbagai pengajuran sukan radio, di antara yang menjadi keutamaan para pengemar sukan radio adalah pengajuran sukan radio yang melibatkan kiraan markah untuk layak ke WRTC. Di antaranya adalah CQWPX contest, pertandingan sukan radio ini untuk tahun ini adalah pada tarikh 24-25 Mac 2018 0000 utc saturday -- 2359 utc sunday (0800 sabtu -- 0759 isnin) untuk mode SSB.
'contest' ini akan berlangsung selama 48jam dan sekiranya 'single operator' hanya 36jam sahaja masa pertandingan.

Sudah semestinya di setiap pertandingan yang kita turut serta keputusan yang terbaik kita mahukan. Untuk mendapatkan keputusan yang terbaik ada beberapa cara yang saya pratikkan. Di sini saya kongsikan perancangan saya untuk turut serta pertandingan CQWPX2018 kali ini.

Untuk persediaan awal sebelum turut serta di dalam pertandingan, ini perkara yang akan saya lakukan

  1. memeriksa segala peralatan (alat radas) yang akan digunakan semasa pertandingan berada di dalam keadaan baik dan boleh berkerja secara maksima. untuk ini kebiasaannya saya lakukan lebih kurang 2 hari sebelum pertandingan dan pemeriksaan akhir pada 1 hari sebelum pertandingan.
  2. memeriksa swr antenna dan memastikan antenna yang akan di gunakan dapat berkerja secara maksima.
  3. memastikan 'log' yang di buat di N1MM menepati format pertandingan.
  4. melakukan aktiviti 'dxing' 2 atau 1 hari sebelum pertandingan ini untuk memastikan keupayaan antenna saya.
  5. rehat yang secukupnya.
Untuk perancangan semasa pertandingan sedang berlangsung, ini adalah perkara yang akan saya lakukan

  1. memilih freq yang bersesuaian dengan lokasi tujuan saya, contohnya mencari station dari YB land jadi saya akan berada di dalam kawasan freq yang selalunya kendengaran station dari YB land.
  2. menggunakan antenna yang bersesuaian mengikut keadaan semasa. Untuk pertandingan ini saya telah persiapkan 3 antenna untuk di gunakan semasa pertandingan sedang berlangsung.
  3. mengejar contact station yang mempunyai markah yang tinggi berbanding station yang mempunyai markah rendah. Tetapi saya tidak memilih siapa yang saya dengar saya akan cuba membuat 'log' bersama station contact itu.
  4. melakukan rondaan mengejar station yang sedang cq di freq dan banyakkan melakukan 'cq contest'
  5. memulakan 'calling cq' semasa awal pertandingan dan berehat semasa propagation menutup
  6. tidak melakukan 'calling cq contest' sepanjang masa hanya akan memulakan 'calling cq contest' pada masa yang bersesuaian. ini untuk mengelakkan saya  kerugian markah kerana di masa contact station sedang aktif saya keletihan dan tidak melakukan 'calling cq contest'.
  7. melakukan 'clear cover' station local secepat yang mungkin supaya tidak menggangu semasa saya mula menerima station dx (station jauh)
Ini adalah serba ringkas perancangan saya untuk turut serta di dalam pertandingan CQWPX2018 kali ni. 

Untuk terlibat di dalam aktivti 'contest' kita perlu ada perancangan, ini akan memungkinkan kita mendapatkan keputusan yang terbaik, membuatkan kita dalam keadaan siap sedia untuk memberikan saingan kepada peserta yang lain dan tidak kerugian mendapatkan markah tertinggi. Walaupun nampak aktiviti 'contest' ini adalah seperti perkara yang biasa atau kecil ia nya merupakan suatu penglibatan yang serius untuk tiap perserta yang terlibat di dalam pertandingan ini. Kelebihan lain di dalam 'contest' adalah kita berupaya mendapatkan 'dxcc' (negara) yang tidak pernah kita dapatkan sebelum ini, selain itu kita membuktikan station dari 9M2 Land (Malaysia) juga turut terlibat dan memberikan saingan yang sengit untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Saya ucapkan semoga anda semua berjaya mendapatkan keputusan yang terbaik di dalam pertandingan ini serta teruskan memberi saingan kepada peserta yang lain.

Membaca itu jambatan ilmu, tidak rugi kita membaca dan tidak rugi kita berkongsi. ilmu yang sedikit di kongsikan supaya ia dapat merancakkan perjalanan hobi kita.

Hobi kita unik, teruskan mencuba aktiviti-aktivti yang ada di dalam hobi kita.
semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca dan membantu untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.

Moga berjumpa lagi
De
9W2SAF
73




Tuesday 13 March 2018

Bagaimana bermula nya penglibatan sebagai Pengendali Radio Amatur

assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana menjengah blog ini.

Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri saya. Saya Safri Bin Muhiyu'ddin berasal dari Lenggong Perak.  Ini adalah sedikit perkongsian bagaimana saya boleh mula mengenali dan mula mencari jati diri saya di dalam hobi Radio Amatur ini. Suatu bidang hobi yang tidak pernah saya fikirkan dan biasa nya saya hanya menganggap hobi ini hanya untuk orang yang suka bersembang (Qso) dan untuk orang-orang tua sahaja. Rupanya sangkaan saya meleset hobi ini suatu bidang yang serius dan pengendali nya perlu memiliki Lesen (AA) dan perlu angkat sumpah serta menjaga etika sebagai Operator Radio Amatur. Siapa sangka dari suatu yang kita tidak berminat akhirnya setelah mengetahui saya sudah boleh di gelarkan seorang pengendali yang agresif di dalam hobi ini.

Penglibatan di dalam hobi ini sebenarnya berlaku secara tanpa sengaja, awalan nya hanya menurut perintah dan atas tanggungjawab kepada tugasan saja. setelah mendapat maklumat yang nama saya telah di 'submit' untuk menduduki peperiksaan Radio Amatur, mula terkejar ke sana dan ke sini untuk mendapatkan maklumat. Maklum sajalah tidak pernah ambil tahu dan tidak pernah mengenali apa itu radio amatur? dalam masa kurang dari 1 hari (24jam) saya perlu menduduki peperiksaan Radio Amatur di Pejabat Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) Cyberjaya. Alhamdulilah walaupun tidak mempunyai banyak masa saya berjaya lulus di dalam Peperiksaan untuk mendapatkan lesen memancar.

Bermula babak seterusnya di mana perlu menguruskan permohonan untuk mendapatkan isyarat panggilan ('Callsign). Untuk mengisi borang permohonan ini agak mudah tetapi yang menjadi sedikit masalah adalah apabila perlu mencari 9M2 (pemegang lesen kelas A) untuk mendapatkan tandatangan dan sokongan bagi saya meneruskan urusan permohonan isyarat panggilan. Alhamdulilah urusan ini jugak di permudahkan, so tiba la masa untuk memeriksa isyarat panggilan yang mana masih kosong, tiga tanda panggil telah saya pilih untuk di isi di dalam borang permohonan dan untuk di hantar kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Setelah menunggu lebih kurang 1 minggu saya menerima panggilan dari Pejabat MCMC mengatakan permohonan saya telah di luluskan dan saya perlu membuat bayaran mengikut  tahun yang saya mohon. Saya mendapat isyarat panggilan 9W2SAF iaitu pilihan utama saya semasa permohonan, kenapa saya memohon isyarat panggil 9W2SAF ini kerana hampir dengan nama saya.

Sekarang tibalah masanya saya mula memancar menggunakan isyarat panggilan 9W2SAF, untuk pertama kali nya mmg agak mendebarkan dalam masa yang sama agak teruja untuk mencuba. Bermula dari pertama kali hingga la timbul keseronokkan dan mula rasa untuk 'explore' lebih lagi. Rupanya Hobi ni bukan setakat bersembang di Pengulang dan dengan pengiat hobi di dalam malaysia saja. Cabang di dalam hobi luas rupanya terdapat kumpulan yang melakukan aktiviti yang berbeza tetapi masih di dalam Hobi yang sama antaranya ialah komunikasi melalui 'satelite', sukan radio (contest), mencari station luar negara (dxing) dan pembuat peralatan komunikasi sendiri seperti antenna serta peralatan yang di gunakan (Homebrew).

Di sini la bermulanya perjalanan saya untuk mendapatkan keseronokkan dan kepuasaan di dalam bidang ini. Saya telah memilih untuk ke bidang 'high Frequensi' (HF), di mana saya mula belajar mengenali antenna yang sesuai di gunakan, pancaran gelombang antenna dan mengenali serta meramal propagation untuk dapat memancar sejauh mungkin mencari rakan-rakan luar negara (Contact Station) untuk aktiviti ini di panggil Dxing. Cabaran dan keseronokkan nya datang seiring di mana kesusahan yang kita lalui untuk mendapatkan 'contact station' akan terbalas apabila kita berjaya 'log' contact station itu, tanpa disedari mungkin menjerit keseronokkan atau melompat kegembiraan. hanya yang pernah melaluinya dapat mengetahui perasaannya.

Setelah berjaya memancar jarak jauh timbul keinginan untuk menyertai sukan radio (contest), pada permulaannya sukar memahami bagaimana 'contest' ini di jalankan dan apa kelebihannya. oleh kerana sifat ingin tahu semakin meninggi jadi saya memulakan langkah dengan menyertai nya. untuk pertama kali mencuba menyertai Jakarta Dx contest, di sini apa yang saya perolehi menyertai contest ini dapat meningkatkan 'contact station' atau 'dxcc' (negara berlainan). Setelah menyertai beberapa 'contest' baru saya dapat memahami bagaimana 'contest' ini berlaku. Keseronokkan semakin banyak dapat di rasai bila makin banyak di sertai. Pada awalan tahun 2018 setelah kurang 2 tahun memiliki AA (lesen memancar) dan kurang 1 tahun penglibat dalam 'contest' saya telah berjaya menjuarai YBDX contest keseronokkannya bukan calang-calang, walaupun hanya menerima sijil elektronik dan 'plaque' tetapi ini adalah pengiktirafan bertaraf dunia. Untuk mendapatkan sijil atau plaque ianya perlu melalui beberapa proses bukan nya terus di cetak dan di serahkan kepada pemenang.

Sebenarnya di dalam hobi ini semakin kita melakukan percubaan dan mula mencuba cabang-cabang aktivti yang baru, semakin bertambah kita menyukai hobi ini. Kepuasan dan Keseronokan di dalam hobi ni bermula apabila anda mula mencuba sesuatu yang baru, kerana di situ bermula cabaran dan kejayaan di dalam percubaan itu adalahan satu keseronokkan untuk pengendali Hobi ini. Bagi saya adalah sutu kerugian apabila kita tidak cuba untuk 'explore' di dalam hobi ini. Hobi yang unik ini hanya Pengendali nya tahu apa yang membuatkan setiap pelaburan mereka mendapatkan barangan (radas) terbalas Keseronokkan yang paling di ingati adalah dari mula tiada siapa yang mengenali saya atau mengenali tempat tinggal saya, sekarang isyarat panggil saya sudah mula di kenali dan lokasi rumah saya sudah mula orang tau. Walau nampak kecik sebenarnya secara tidak langsung anda telah membuat rakan-rakan pengiat hobi ini mengenali siapa anda serta mengenali isyarat panggilan anda. Pesanan saya jika anda memilik lesen (AA) jangan biarkan hobi kita ini di perkecilkan dan di pandang rendah. Hobi kita berlesen dan kita perlu menduduki peperiksaan sebelum berjaya memancar, jadikan kita sebagai pemegang lesen atau Ham Operator yang berilmu dan di segani.

saya kongsikan ringkas peralatan yang saya gunakan dan sijil pertandingan yang saya sertai.
terima kasih kerana membaca.
ini percubaan saya yang pertama untuk mula menulis andai kata ada kekurangan itu datangnya dari saya.
membaca jambatan ilmu tidak rugi membaca sebaliknya menjadi kerugian jika kita tidak menuntut ilmu